• Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26% saja wanita menjalani lumuran pap(pap smear) ,manakala 74% lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser apyu dara. Di kalangan wanita Malaysia, kebanyakan kes kanser pangkal rahim iniberlaku dikalangan mereka yang berumur antara 40-50 tahun.
  • Penyakit ini hanya akan berlaku kepada mereka yang pernah melakukan hubungan seksual sahaja. Ada empat peringkat penyakit ini dan di Malaysia kebanyakan kes hanya dikesan diperingkat ketiga dan terakhir dimana hanya rawatan radioterapi sahaja sebagai langkah alternatif
  • Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada kuman papillomavirus atau HPV(kumpulan kirus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin atau genital wart). Ada kira-kira 100 jenis kuman HPV dan ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan kulit. Dalam kes barah pangkal rahim, kuman ini dijangkiti melalui hubungan kelamin, hubungan seks luar tabii, daan melalui seks oral. Ibu mengandung yang dijangkiti kuman HPV juga berupaya untuk menjangkiti anaknya hingga mendedahkan anak tersebut kepada risiko lain seperti masalah radang paru-paru. Jangkitan pada awal kehamilan juga boleh menjadi punca kepada keguguran.
  • Kebiasaanya barah ini hadir tanpa gejala awal. Seperti yang diketahui, barah pangkal rahim ini mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra kanser. Antara gejalanya adalah lelehan faraj yang berair dan berbau busuk, rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks, perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks dan, sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Di peringkat kronik, gejala yang berlaku adalah seperti:

  • Berlaku perdarahan yang teruk
  • Sukar membuang air kecil
  • Hilang selera makan
  • Perut sering rasa tidak selesa atau sakit
  • Berat badan mulai menyusut
  • Keluarnya lendir atau lelehan yang sangat banyak dan busuk