Bergantung kepada kreativiti dan sedikit kemahiran anda dalam muzik,anda mampu membina pulau muzik yang menarik.Isle Of Tune merupakan pembina muzik yang direka dalam bentuk unik.Anda perlu membina jalan raya, menempatkan pokok, lampu dan pasu di tempat tertentu bagi menghasilkan muzik. Setiap satu elemen ini mewakili not muzik yang didinginkan.

Masukkan kereta ke jalanraya yang anda bina dan kereta inilah yang akan memainkan turutan nota muzik anda itu menjadi sebuah lagu yang menghiburkan. Jika anda buntu untuk memulakan Isle Of Tune, gunakan pilihan Random Island. Ia seperti tempat khas yang sudah mempunyai beberapa nota muzik didalamnya. Jika mahukan muzik segera pula gunakan Pre-Built Loop, iaitu contoh muzik yang boelh disesuaikan dengan latar belakang atau rentak muzik anda.

http://isleoftune.com/