• Menurut pendapat saintis, senyum dan ketawa adalah satu senaman yang berbentuk jogging dalaman. Di mana , ia dapat merangsang seluruh badan dan mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon lain.
  • Memulakan hari baru dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup anda. Apabila tersenyum, badan turut 'tersenyum'. Melalui kajian, senyuman juga dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  • Kajian menunjukkan seseorang yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam sama seperti bersenam selama 10 minit. Ini kerana, apabila anda ketawa, tekaan  darah dan kadar denyutan jantung meningkat.
  • Menurut kajian dari Universiti Pusat Perubatan California menunjukkan senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik. Stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem pertahanan badan.
  • Senyuman bukan sekadar dengan memberi reaksi gerak muka tetapi turut berkait rapat dengan penghasilan endorfin dalam otak yang dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Hasilnya, ia menjadikan seseorang itu lebih selesa.